Thursday, July 15, 2010

:: RAHSIA WANITA ::

artikel nie aku rembat dari FB pakcik aku. ahaha~ meh cnie aku nk cek utk diri aku ^_^

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. (iye itu saya)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. (iye itu saya )

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). (iye itu saya)

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. (iye itu saya)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! (iye itu saya)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. (iye itu saya : jd blurr slps dipuji bagai. ahahaa~)

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan , dia akan lakukan apa saja. (iye saya setuju : tp itu bkn saya)

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. (iye saya setuju : tp utk saya take time lama ouh.)

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (iye itu saya)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. (iye saya setuju. hawau lah sape yg brani ckp sedemikian. ahaha~)

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. (iye itu saya)

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (iye itu saya : tp saya x bg th kwn2 seawal tu. ahaha gila~)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. (iye saya setuju)

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. (iye itu saya)

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. (iye itu saya : sbb saya hanya akan kuar dgn bf saya & member2 yg tul2 dikenali je)

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya. (iye itu saya)

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! (saya xkesah pun nk mengagak ke men teka2 ke)

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. (iye itu saya)

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. (no komen : usaha sendiri. ahaha~)

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. (iye itu saya)

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! (nope itu bkn saya : saya hanya akn memikirkan siapa yg berada dgn saya skrg. org yg pnh ludah sy xkan jilat balik! )

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya. (iye itu saya)

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. (iye itu saya)

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. (nope itu bkn saya : sukati dorang lah kn. but if my bf yes. ahaha~)

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. (iye saya setuju : cam iklan mr. potato.. tiada kompromi~)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati. (iye itu saya : dan anda juga)

27. Senjata wanita adalah airmata!! (iye itu saya : almaklumlah wanita kan ade 9 nafsu 1 akal. adoyaii~)

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. (iye itu saya)

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. (iye saya setuju)

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa (iye itu saya)

0 comments: